87 Tangkapan Berkaitan Ajaran Sesat Sejak 2007- Jamil Khir

Diterbitkan: Jumaat, 14 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa membuat 87 tangkapan berkaitan ajaran sesat sejak lima tahun lepas, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 19 tangkapan dibuat pada 2007, 2008 (11), 2009 (40), 2010 (14) dan tiga tangkapan pada tahun lepas.

"Tangkapan itu dibuat berikutan kesalahan-kesalahan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri.

"Kesalahan yang dilakukan ialah pemujaan salah, doktrin palsu, mengembangkan doktrin agama, perbuatan atau perkataan murtad, subahat kepada percubaan murtad dan dakwaan palsu," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara, Khmis.

Jamil Khir berkata kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau dan mengambil perhatian serius terhadap kewujudan ajaran sesat di negara ini menerusi kerjasama rapat dengan Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani masalah itu.

Penguatkuasaan undang-undang terhadap perkara itu dilihat berkesan dengan ajaran sesat yang aktif menurun daripada 10 pada 2010 kepada lapan pada tahun lepas. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan