Tahap Pendidikan Meningkat Punca Kebergantungan Pekerja Asing

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan peningkatkan taraf pendidikan rakyat Malaysia menjadi faktor kebergantungan negara terhadap tenaga kerja asing, Dewan Negara diberitahu, Khamis.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri S.Subramaniam berkata peningkatan tahap pendidikan terbukti dengan penurunan kadar rakyat yang hanya menamatkan pendidikan di sekolah rendah iaitu 26 peratus pada tahun 2010, berbanding 61 peratus pada 1990.

"Ini bermakna sekarang ini kira-kira 75 peratus rakyat Malaysia melanjutkan pelajaran lebih dari sekolah rendah ke peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) atau ke peringkat lebih tinggi," katanya ketika menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang mengenai faktor kebergantungan kepada warga asing untuk pekerjaan buruh serta langkah-langkah diambil untuk mengurangkan kebergantungan itu.

Subramaniam berkata faktor yang disebut menyebabkan pengurangan tenaga kerja tempatan untuk mengisi jawatan-jawatan di sektor yang memerlukan kemahiran rendah terutama bidang kerja yang dikategorikan sebagai 3D (dirty, difficult, dangerous) yang banyak terdapat dalam sektor pembinaan.

Menurut beliau, terdapat kira-kira 1.4 juta pekerja asing yang bekerja di Malaysia sehingga September lepas.

Jumlah itu, katanya, tidak termasuk kira-kira 1 juta yang masih dalam proses permohonan pemutihan di bawah 6P untuk mendapat kebenaran rasmi bekerja di negara ini.

"Jika dicampur, dianggarkan negara ada kira-kira 2.2 juta pekerja asing setakat ini," katanya.

Bagaimanapun, katanya, dalam jawatan yang memerlukan kemahiran tinggi seperti penyelia, juruteknik dan jurutera, ia kebanyakannya diisi warga tempatan.

Subramaniam menjelaskan bahawa kementerian sentiasa berusaha mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing seperti melakukan transformasi kerja dan tugas dalam sektor-sektor tertentu.

Antara yang telah dilaksanakan ialah menggunakan Kaedah Pembinaan Industri (IBS) dalam sektor pembinaan di mana kaedah ini boleh menjimatkan tenaga buruh binaan.

"Sebaliknya kaedah ini akan membuka lebih peluang pekerjaan untuk jurutera, juruteknik dan penyelia yang boleh diambil dari kalangan pekerja tempatan," katanya.

Tranformasi pekerjaan itu, katanya, boleh diperluas di sektor lain seperti industri makanan, pembuatan dan sebagainya. Sebagai contoh, pengusaha makanan boleh memperluas konsep layan diri bagi mengelak mengupah pekerja asing bekerja di kedai makan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan