Sistem Kehakiman Akan Diperkasa Secara Menyeluruh - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam usaha menaik taraf sistem kehakiman syariah bagi memperkasakannya secara menyeluruh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata usaha menaik taraf itu akan melibatkan pertambahan hierarki mahkamah syariah daripada tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah kepada lima peringkat.

Lima peringkat itu ialah Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tengah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah dan Majlis Rayuan Syariah.

"Cadangan ini juga melibatkan naik taraf perjawatan dan emolumen hakim-hakim mahkamah syariah supaya setaraf dengan mahkamah sivil dan sebagainya," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 pada sidang Dewan Negara di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata langkah menaik taraf itu juga selaras dengan usaha meneliti semula had hukuman mahkamah syariah negara ini terutama Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang dilihat masih rendah berbanding had hukuman di mahkamah sivil.

Bagaimanapun, katanya, sebarang usaha menaik taraf sistem kehakiman syariah hendaklah dipersetujui secara kolektif oleh semua Majlis Agama Islam negeri sebelum ia boleh dilaksanakan.

"Dalam hal ini, kerajaan persekutuan telah meneruskan usaha itu melalui pembentangan Kertas Cadangan Menaik Taraf Kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia dalam Mesyuarat Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 22 Ogos 2011 lalu," kata Jamil Khir.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini kertas cadangan itu telah dibentang kepada 12 buah negeri kecuali Pahang dan Kedah, yang akan diadakan pada 20 dan 30 Dis ini.

"Seterusnya, cadangan berkenaan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja untuk mendapat perkenan. Setelah institusi kehakiman dinaik taraf, barulah Akta 355 boleh dipinda sewajarnya," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan