Selangor Sanggup Tangguhkan Projek Langat 2 Hingga 100 Tahun - Khalid - Berita Semasa | mStar

Selangor Sanggup Tangguhkan Projek Langat 2 Hingga 100 Tahun - Khalid

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan melengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 selama yang dikehendaki sehingga pelan penyusunan semula air dimulakan.

"Saya telah menulis kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (Datuk Seri Peter Chin Fah Kui) dan Timbalan Perdana Menteri beberapa kali untuk meminta mereka mengembalikan aset air kepada kerajaan negeri kerana ia satu-satunya jalan penyelesaian," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menambah bagaimanapun sehingga kini masih belum ada respon positif mengenai isu itu.

"Jadi kami akan menunggu walaupun sehingga 100 tahun sekalipun," kata Khalid kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negegeri pada Rabu.

Chin dilaporkan berkata projek pembinaan Langat 2 mengalami kelewatan 29 bulan berbanding jadual asal ekoran keenganan kerajaan negeri Selangor memberi kerjasama dengan kerajaan Pusat dalam projek berkenaan.

Berdasarkan jadual asal, pembinaan loji itu sepatutnya sudah pada tahap 68.95 peratus, namun setakat Oktober lepas status pembinaan hanya 28.40 peratus.

Kerajaan Selangor telah berkeras dalam soal penyusunan semula industri air di negeri itu dan enggan memberi lampu hijau dalam pembinaan projek yang menelan belanja berbilion-bilion ringgit.

Khalid dan beberapa pakar air yang dilantik oleh syarikat negeri dilaporkan berkata pembinaan Loji Rawatan Langat 2 akan menyebabkan peningkatan tarif air, sekaligus menafikan pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan