RM66.6 Juta Untuk Bina Kediaman Orang Asli Pada 2012 - Shafie Apdal

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LIPIS: Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntuk sejumlah RM66.6 juta bagi membina kediaman serta penempatan semula perkampungan Orang Asli di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata peruntukan itu membabitkan pembinaan 190 rumah baharu dan membaik pulih 82 rumah sedia ada termasuk kemudahan seperti jalan raya, bekalan air paip dan elektrik selain telekomunikasi.

"Peruntukan itu termasuk melaksanakan program di bawah program strategi Lautan Biru dengan membina 479 unit rumah baharu, dan 87 unit daripadanya sudah siap dibina iaitu 52 unit dibina oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek Pemajuan Kawasan Kampung Orang Asli Pantos Khamis.

Beliau berkata pembinaan perkampungan Orang Asli Kampung Pantos terdiri daripada 173 unit rumah yang dilengkapi kemudahan fizikal, termasuk bekalan air dan elektrik, adalah bukti komitmen kerajaan untuk memajukan kehidupan masyarakat Orang Asli.

Mohd Shafie berkata kerajaan membelanjakan RM15 juta bagi melaksanakan projek itu, termasuk menyediakan surau dan padang futsal serta kemudahan asas lain.

Dalam pada itu, beliau berkata masyarakat Orang Asli perlu menguasai bidang pendidikan untuk mengubah nasib dan masa depan mereka.

Mohd Shafie juga berkata segala tohmahan pembangkang kononnya kerajaan mengabaikan pembangunan masyarakat Orang Asli adalah tidak benar sama sekali.

"Taraf kehidupan Orang Asli kini jauh lebih baik jika dibandingkan pada masa lalu, yang bergantung hidup dengan hasil hutan, jadi tidak benarlah kita mengabaikan mereka seperti yang selalu didakwa pembangkang," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan