Peraturan Berkaitan Penyiaran Iklan TV Akan Dimantapkan - Salang

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang dalam proses memantapkan peraturan sedia ada untuk memantau penyiaran iklan di televisyen dengan lebih berkesan.

Timbalan Menterinya, Datuk Joseph Salang berkata pada masa ini peraturan supaya semua iklan yang ingin disiarkan di televisyen tempatan perlu mempunyai sijil perakuan, masih diguna pakai.

"Garis panduan perakuan filem iklan buatan Malaysia masih menetapkan bahawa setiap iklan perlu ada Sijil Akuan Iklan Buatan Malaysia (Sijil MIM).

"Sijil ini hanya dikeluarkan untuk iklan yang diterbitkan oleh penerbit iklan tempatan sahaja. Iklan buatan luar pula boleh digunakan sebagai foreign footage (kakian asing) dengan tidak lebih 30 peratus (dalam iklan yang ingin disiarkan)," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 di Dewan Negara, Khamis.

Dalam pada itu, Salang menegaskan tidak timbul isu berat sebelah dalam pembahagian slot persembahan di Istana Budaya kerana ia telah ditetapkan pada kadar 70 peratus bagi artis tempatan dan bakinya untuk artis antarabangsa setiap tahun.

Salang berkata persembahan yang hendak diadakan di Istana Budaya harus mengikut garis panduan yang ditetapkan seperti berkualiti tinggi, skrip bermutu, penerbit berkemampuan, mempunyai tarikan khalayak dan sesuai dengan skala pentas.

"Istana Budaya juga berkecuali dalam isu bayaran artis dan tiket. Bayaran artis merupakan hasil perbincangan terus dengan penerbit, manakala harga tiket yang tinggi melibatkan artis antarabangsa adalah disebabkan kos produksi yang tinggi dan kurang mendapat tajaan," jelasnya.

Salang turut memaklumkan Dewan Negara sejumlah RM20.3 juta telah diluluskan melalui tiga dana perfileman di bawah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) sejak 2006 hingga 30 Nov lepas.

Tiga dana itu ialah Dana Filem Kenegaraan, Dana Filem Animasi dan Dana Filem Kesan Khas Komputer (CGI).

Sementara itu, Salang berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerima aduan berhubung penyiaran surat bertajuk 'Are Christians Under Threat' di sebuah laman web, dan telah merujuk kes itu kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tindakan lanjut akan diambil sekiranya Jakim mendapati kandungan surat itu menyalahi Enakmen Syariah, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan