MB Pahang Beri Amaran Kepada Petani Haram

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob memberi amaran terakhir kepada petani haram supaya berhenti merosakkan tanah dan air di Cameron Highlands atau mereka akan berdepan dengan hukuman yang berat.

Beliau berkata kerajaan negeri masih belum mengambil langkah yang tegas namun para petani tidak harus melihat mereka lemah.

"Saya harap orang ramai perlu percaya kerajaan tidak takut untuk mengambil tindakan terhadap peladang haram. Kami sebenarnya sangat sensitif terhadap keperluan orang ramai dan kami tahu kebanyakan para petani menjadikan aktiviti ini sebagai punca pendapatan mereka.

"Tuanku Kami (Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah) telah menyatakan bahawa peruntukan undang-undang telah ada dan anda tidak boleh menyalahkan kerajaan kerana tidak mengamalkan sikap berperikemanusiaan. Kerajaan tidak seharusnya menjadikannya sebagai satu kelemahan," katanya kepada The Star di pejabatnya pada Rabu.

Adnana berkata masalah penerokaan tanah secara haram ada masalah yang tidak berkesudahan dan amat sukar untuk diatasi melainkan kerajaan negeri bertindak tegas terhadap petani namun ia akan cuba dielakkan oleh mereka.

Menurutnya, mereka yang memulakan penanaman bunga dan sayur-sayuran secara besar-besaran boleh meneruskan aktiviti tersebut namun beliau berharap orang ramai di Cameron Highlands perlu faham tidak ada lagi kelulusan tanah akan diberikan untuk aktviti sedemikian.

Adnan berkata kerajaan negeri telah mengambil keputusan untuk membekukan permohonan Lesen Operasi Sementara (TOL) bagi mengekalkan keindahan Cameron Highlands daripada kemusnahan.

"Menyalahkan kerajaan negeri kerana membekukan permohonan TOL sebagai punca berlakunya penanaman haram adalah tidak tepat.

"Kami membekukan permohonan TOL kerana kami mahu mengekalkan satu peratusan tumbuh-tumbuhan tertentu di Cameron Highlands.

"Sekirany kami membenarkan petani-petani haram ini mendapatkan permohonan TOL, maka itu akan mengalakkan aktiviti penebangan kawasan hutan di lereng bukit secara keseluruhannya,” kata Adnan.

Jelasnya, kerajaan negeri akan membincangkan tindakan selanjutnya bagi mengatasi masalah penanaman haram secara meluas di Bera dan Raub dengan segera.

"Undang-undang akan mengambil tempatnya. Bagi petani yang masih melakukan aktiviti ini adalah lebih baik mereka segera menghentikannya,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan