Anak Kapal Digesa Maklumkan Pelayaran Elak Jadi Mangsa Lanun

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiap anak kapal yang ingin memulakan pelayaran digesa memaklumkan kepada ejen kapal supaya bantuan segera dapat disalurkan jika berlaku jenayah di lautan seperti rompakan dan penculikan oleh lanun.

Menegaskan demikian, Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Amdan Kurish berkata mereka perlu meningkatkan kesedaran tentang pentingnya perkara memberi maklumat ini.

"Bila kita (APMM) dapat maklumat awal ini, kita dah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan dapat memberi bantuan apabila mana-mana kapal terlibat lalu di perairan kita," katanya.

Mohd Amdan bercakap kepada pemberita selepas menghadiri 'Gulf of Thailand 2nd Commanders Forum', satu inisiatif ke arah mengukuhkan penguatkuasaan dan undang-undang maritim, di sini, Rabu. Beliau mengulas kes lapan lanun warga asing berumur antara 23 dan 46 tahun yang ditahan APMM Wilayah Selatan ketika merompak sebuah kapal tangki di perairan Pengerang, dekat Kota Tinggi, awal pagi Selasa.

Mohd Amdan berkata bantuan dapat dihantar segera kepada kapal itu kerana telah dimaklumkan lebih awal mengenai perjalanan kapal tersebut. "Kita dapat laporan daripada ejen kapal mengatakan kapal itu telah dirompak...Mungkin anak kapal tu ada berhubung dengan ejen mereka semasa menaiki kapal dan ejen menghubungi APMM di sempadan. "Apabila kita dapat maklumat, kita terus ambil tindakan dengan menghantar empat bot dan satu kapal ke tempat itu. Kita sampai tepat pada masanya. Sebab itu kita perlukan maklumat ini awal," katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa di negara jiran telah dimaklumkan mengenai dua lagi individu yang sempat melarikan diri dalam kes rompakan itu.

Sementara itu, forum diberitahu bahawa kes lanun dan rompakan di Selat Melaka, salah satu laluan kapal paling sibuk di dunia, kini menurun.

Dari 38 kes pada 2004, hanya dua kes seumpama itu dilaporkan pada 2009 dan satu pada tahun ini setakat ini, kata ketua penguatkuasa wilayah timur Maritim Laksamana Pertama Datuk Nasir Adam.

Nasir, seorang daripada pembentang kertas di forum itu, berkata pengurangan itu adalah hasil kesiapsiagaan dan penguatkuasaan yang meningkat oleh negara-negara pesisir dan langkah pencegahan aktif oleh pihak berkuasa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan