68 Calon Bersaing Untuk 20 Kerusi Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP

Diterbitkan: Khamis, 13 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kebangsaan DAP ke-16 di Pulau Pinang hujung minggu ini akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), dengan beberapa daripada mereka mempunyai pertalian keluarga.

Antara calon berkenaan ialah orang kuat parti iaitu Pengerusi Kebangsaan parti Karpal Singh, dua anak lelakinya Gobind Singh Deo yang juga Anggota Parlimen (MP) Puchong dan Jagdeep Singh Deo, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Datuk Keramat.

Tidak ketinggalan ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang merupakan veteran DAP dan MP Ipoh Timur Lim Kit Siang.

Turut tidak melepaskan peluang untuk merebut jawatan berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo Ham yang juga MP Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming, yang merupakan Setiausaha DAP Perak. Nga juga adalah MP Taiping MP dan Adun Pantai Remis.

Antara calon Melayu pula ialah Naib Pengerusi DAP Johor Ahmad Ton, Senator Ariffin S.M. Omar, Timbalan Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang Zulkifli Mohd Noor, Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan Teresa Kok berkata tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding.

"Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri," katanya kepada Bernama Khamis.

Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau Adun, atau kedua-duanya.

Kok berkata: "Dalam DAP, asalkan anda dapat pencalonan daripada dua cawangan, anda boleh menjadi calon dalam pemilihan parti".

Selain daripada Kok, yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama terkenal lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk MP Bukit Mertajam Chong Eng, MP Tanjung Chow Kon Yeow, MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, MP Cheras Tan Kok Wai, MP Kepong Dr Tan Seng Giaw, MP Rasah Anthony Loke, MP Ipoh Barat M. Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim, dan Naib Pengerusi DAP Chong Chieng Jen, yang juga MP Bandar Kuching.

Kok berkata setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri kongres dua hari itu.

Kit Siang dalam kenyataan berkata Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen "Seratus Hari ke Putrajaya".

Pakatan pembangkang menyasarkan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan