Tiada Perubahan Pada Keputusan Kerajaan Meminta Lynas Membawa Residu Keluar Dari Malaysia

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tidak akan ada perubahan kepada pendirian kerajaan dalam meminta firma perlombongan Australia, Lynas Corporation, menghantar residu yang dijana oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) miliknya di Kuantan keluar dari Malaysia, menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh empat menteri.

Menteri-menteri tersebut adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Mereka berkata Kabinet pada hari ini mengesahkan kenyataan bersama empat menteri yang telah disiarkan pada 10 Disember berkaitan penghantaran keluar residu itu dari negara ini.

"Kerajaan menegaskan semula bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat diberi keutamaan yang tinggi. Kerajaan akan memastikan semua agensi yang berkaitan memantau secara dekat operasi LAMP, terutamanya dalam pengendalian pengurusan residu yang dihasilkan oleh LAMP," kata mereka dalam kenyataan itu.

Ini adalah konsisten dengan syarat-syarat yang dinyatakan dalam Lesen Pengendalian Sementara (TOL).

Dalam kenyataan mereka sebelum ini, menteri-menteri tersebut berkata syarat yang dikenakan terhadap Lynas dalam perkara ini adalah amat jelas, bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang kesihatan dan keselamatan orang ramai dan persekitaran dalam menangani isu Lynas. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan