Masyarakat India Jangan Terpedaya SMS Fitnah Roboh Kuil - MB Perak

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Rakyat di negeri Perak khususnya masyarakat India dinasihatkan supaya tidak terpedaya dengan fitnah menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kononnya Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mengarahkan sebuah kuil di Tanjung Rambutan, Ulu Kinta di sini dirobohkan.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata beliau telah mendapat penjelasan daripada Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim berhubung perkara itu.

"Pihak yang menyebar fitnah ini sudah melampau seolah-olah mereka cuba membangkitkan kemarahan rakyat Perak pula selepas insiden merobohkan kuil di Selangor," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di sini, Rabu.

Beliau berkata MBI telah menerima permohonan pihak pengurusan kuil berusia lebih 100 tahun itu untuk membina bangunan setinggi empat tingkat termasuk kemudahan dewan berhampiran kuil berkenaan.

MBI membalas surat dengan memberi cadangan kemungkinan kawasan kuil itu perlu dirobohkan sedikit bagi mendapatkan ruang yang lebih luas bagi bangunan yang dimohon termasuk kemudahan tempat letak kenderaan untuk keselesaan pengunjung, katanya.

Zambry berkata ia sekadar cadangan MBI dan boleh dibincangkan selanjutnya. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan