Lebih 400 Penderma Darah Diperlukan Setiap Hari Di Lembah Klang

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pusat Darah Negara memerlukan antara 400 hingga 450 penderma darah setiap hari bagi menampung keperluan darah di Lembah Klang.

Pengarah Pusat Darah Negara Dr Roshida Hassan berkata ini bagi memenuhi permintaan hospital kerajaan dan swasta yang memerlukan kira-kira 3,000 unit (1 unit sekitar 0.5 liter) darah merah seminggu.

"Semua jenis darah iaitu A, B, O dan AB diperlukan kerana pesakit terdiri daripada pelbagai golongan dan berbeza kumpulan darah," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.

Dr Roshida berkata setiap pendermaan boleh membantu menyelamatkan tiga nyawa, dan setiap darah mempunyai jangka hayat terhad iaitu darah merah sehingga 42 hari, platelet (lima hari) manakala plasma yang dibekukan boleh bertahan selama dua hingga tiga tahun.

Mengenai kesedaran masyarakat untuk menderma darah, beliau berkata sungguhpun kesedaran itu semakin meningkat, namun selari dengan perkembangan pesat dalam rawatan perubatan, permintaan untuk darah juga turut meningkat.

Dr Roshida juga berkata pusat itu kini mengambil langkah proaktif bagi menggalakkan orang ramai menderma darah kerana dijangkakan akan berlaku kekurangan dalam trend pendermaan sepanjang musim perayaan Krismas dan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Pada musim perayaan, orang ramai mengambil kesempatan bercuti lebih lama untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga dan walaupun keinginan untuk menderma darah itu ada, biasanya hasrat itu ditangguhkan sehingga mereka kembali daripada bercuti," katanya.

Mereka yang ingin menderma pada pada Hari Krismas boleh berbuat demikian di Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak dari pukul 8 pagi hingga 4 petang atau melayari laman web www.pdn.gov.my bagi mendapatkan maklumat mengenai jadual kempen derma darah bergerak. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan