Kerajaan Pahang Timbang Lulus Tapak Rumah Untuk Penduduk Maran

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAN: Kerajaan Pahang menimbang untuk meluluskan 200 lot tapak rumah baharu kepada penduduk di Kampung Sungai Jerik, dekat sini tahun depan.

Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata keutamaan tapak rumah itu adalah untuk mereka yang tidak memiliki rumah sendiri atau tanah, khususnya generasi muda.

"Bagaimanapun kerajaan negeri akan mengadakan siasatan serta perbincangan dengan pihak-pihak terbabit sebelum pemberian lot tapak rumah tersebut diluluskan," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu Shahaniza berkata pejabat tanah dan daerah telah diminta mengenal pasti tanah milik kerajaan yang kosong di daerah masing-masing untuk pembinaan lebih banyak perumahan kepada rakyat di negeri ini.

Katanya kerajaan juga akan membina lebih 100 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di daerah Bera tahun depan.

Ini termasuk 10 unit rumah yang akan diperuntukkan kepada masyarakat Orang Asli di daerah itu. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan