Hanya 0.05 Peratus Guru Bermasalah - Mohd Puad

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hanya 235 guru atau 0.05 peratus didapati bermasalah dan kini dimasukkan ke Jawatan Kumpulan selain disaran mendapatkan rawatan psikiatrik.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Moh Puad Zarkashi berkata perkembangan guru terbabit dipantau oleh pentadbir sekolah yang menyediakan laporan berkala kepada pihak berkepentingan termasuk Bahagian Psikologi dan Kaunseling kementerian.

Kementerian menyediakan perkhidmatan sokongan sosial menerusi kaunselor organisasi secara berterusan bagi membantu guru yang menghadapi gangguan emosi dan mental yang serius atau terpengaruh dengan gejala tidak bermoral seperti lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT), katanya Rabu.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini yang ingin tahu bentuk pemantauan yang dilakukan kementerian terhadap guru yang bermasalah atau terpengaruh LGBT.

Kata Mohd Puad, hasil intervensi kementerian, bilangan guru yang menghadapi gangguan mental berkurangan kepada 530 orang sahaja setakat ini, berbanding 774 pada 2009 dan 747 pada 2010.

Menjawab soalan tambahan Senator Jamilah Sulaiman, beliau berkata hanya 23.52 peratus guru menghadapi gangguan mental akibat stres organisasi iaitu tekanan kerja berbanding 76.47 peratus kerana faktor keturunan dan gangguan personaliti sebanyak 52.94 peratus.

"Dalam membantu meringankan beban guru pula, kementerian melalui jawatankuasa khas mengkaji beban tugas guru sentiasa mengambil tindakan terhadap syor-syor yang boleh dilaksanakan bagi mengurangkan beban tugas warga pendidik negara ini," katanya.

Ini katanya termasuk menetapkan guru hanya bertugas pada hari Sabtu sahaja dan menyediakan kakitangan sokongan supaya guru tidak melakukan tugas pengkeranian atau penjagaan stor sekolah. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan