Akta Perlindungan Data Peribadi Akan Berkuatkuasa 1 Januari

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Data Peribadi, yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersil, akan berkuatkuasa 1 Januari, kata Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang.

Beliau berkata akta itu, yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu, dan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.

Banyak pihak, katanya, merasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya memandangkan ia akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.

"Ia memberikan orang ramai lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka. Apabila persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data, ia diberi dengan jelas dan bukannya secara tersirat atau rekaan," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tahunan Kedua Perlindungan Data Peribadi di sini, Rabu.

Beliau berkata organisasi, dari satu sudut, perlu memulakan amalan audit data peribadi secara berterusan untuk memastikan ia mematuhi undang-undang kerana mereka kini berhadapan dengan tanggungjawab yang semakin banyak dan akauntabiliti dalam pemprosesan data peribadi yang didedahkan kepada mereka.

Salang berkata untuk mentadbir undang-undang itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi ditubuh pada 16 Mei 2011. Beliau berkata akta itu adalah sama dengan perundangan untuk melindungi data peribadi yang digunapakai di negara lain seperti Hong Kong, New Zealand, Kanada dan Kesatuan Eropah.

Salang berkata di bawah akta itu, mereka yang didapati besalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda RM300,000 atau kedua-duanya.

Sementara itu, beliau meminta orang ramai agar lebih berhati-hati mengenai maklumat yang dikongsi dalam talian, terutama di aplikasi media sosial.

"Ia adalah satu 'open window' kepada kehidupan kita yang memudahkan mereka yang berniat jahat untuk mendapat maklumat dan menggunakannya bagi kepentingan diri sendiri," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan