1M4U Memacu Malaysia Jadi Hub Contoh Kerja Sukarelawan - PM

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri yang juga Pengerusi 1Malaysia for Youth (1M4U), Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani gitar 1M4U berjenama Ibanez sambil disaksikan oleh (dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr Jake Abdullah, Pemain Gitar Love Me Butch, Meng, Rithan (Deja Vodoo Spells) dan Noh (Hujan) selepas mengadakan pertemuan dengan finalis Pertandingan 1M4U My Uni Rocks di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. My Uni Rocks merupakan satu kempen pertandingan kebangsaan selama tiga bulan melibatkan pelajar universiti, kolej awam dan swasta dengan mengemukakan cadangan sukarelawan yang inovatif dan berdaya maju.v -foto BERNAMA
Perdana Menteri yang juga Pengerusi 1Malaysia for Youth (1M4U), Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani gitar 1M4U berjenama Ibanez sambil disaksikan oleh (dari kanan) Ketua Pegawai Eksekutif 1M4U, Dr Jake Abdullah, Pemain Gitar Love Me Butch, Meng, Rithan (Deja Vodoo Spells) dan Noh (Hujan) selepas mengadakan pertemuan dengan finalis Pertandingan 1M4U My Uni Rocks di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu. My Uni Rocks merupakan satu kempen pertandingan kebangsaan selama tiga bulan melibatkan pelajar universiti, kolej awam dan swasta dengan mengemukakan cadangan sukarelawan yang inovatif dan berdaya maju.v -foto BERNAMA

PUTRAJAYA: 1Malaysia for Youth (1M4U) akan memacu Malaysia menjadi hub dan negara contoh dalam kerja sukarelawan kalangan rakyat berbilang kaum berteraskan gagasan 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata kerajaan dengan visi dan aspirasi murni telah menubuhkan 1M4U sebagai sebuah badan dan platform untuk menggalakkan serta memacu aktiviti berbentuk kesukarelaaan dalam kalangan belia dan generasi muda Malaysia.

Najib yang juga Pengerusi 1M4U berkata kerajaan akan menggalakkan gerakan kesukarelawan kepada semua rakyat Malaysia, khususnya generasi muda dalam kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sempena Tahun Kesukarelawan Nasional 2013.

"1M4U juga akan menganjurkan Konvensyen Sukarelawan Nasional 2013 pada bulan Februari bagi mengumpulkan semua sukarelawan yang aktif di Malaysia untuk berbincang mengenai hala tuju gerakan sukarelawan dalam kalangan rakyat dan generasi muda Malaysia," katanya pada majlis perjumpaan dengan 10 finalis pertandingan 'My Uni Rocks' di Bangunan Perdana Putra di sini, Rabu.

Untuk mengalakkan aktiviti kesukarelawan dalam kalangan generasi muda secara tersusun dan berkala, Najib mengumumkan bahawa sebanyak 100 1M4U Outreach Centre akan diwujudkan di semua IPT dalam negara secara berperingkat pada tahun depan yang berfungsi sebagai pemangkin kepada lebih banyak aktiviti kesukarelaan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi negara ini. "Bagi merancakkan lagi aktiviti kesukarelawan di semua outreach centre (pusat capaian), pihak 1M4U akan memberikan sumbangan geran sebanyak RM5,000 kepada setiap outreach centre untuk menggerakkan aktiviti kesukarelaan masing-masing.

"Selain itu, 1M4U akan memberi anugerah khas 1M4U kepada outreach centre paling aktif dan paling banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam kalangan generasi muda dan mahasiswa IPT. Kita akan wujudkan tokoh kesukarelawan 1M4U kepada mana-mana individu yang banyak menggerakkan aktiviti kesukarelaan dalam negara," katanya.

Najib juga menyeru semua mahasiswa dan mahasiswi serta generasi muda Malaysia merebut peluang untuk mendaftarkan diri selaku penggerak dan aktivis sukarelawan 1M4U menerusi laman web im4u.

Beliau berkata program 1M4U, logo dan lagu, amat popular dan sudah sebati dengan golongan muda di tanah air.

"Lagu 1M4U ini sudah menjadi popular. Bagaimanapun ia mungkin tidak sebaik s Gangnam Style (Korea) tapi pastinya sudah bertapak dalam kalangan belia Malaysia.

"Mereka menganggap ini sebagai lagu mereka dan begitu bermakna kerana ia menyatakan kerajaan berada di sini untuk anda. Kami sedang melakukan yang terbaik untik merubah negara keseluruhnya, sebaik kerja itu siap, ia untuk anda - belia hari ini untuk memberi manfaat kepada Malaysia yang kita bina bersama.

Sementara itu, Najib berkata pertandingan 'My Uni Rocks' merupakan pertandingan unik yang menggunakan platform laman web sosial 'Facebook'. Para belia dan generasi muda boleh bertukar-tukar buah fikiran dan mengadakan perbincangan mengenai idea.

"1M4U amat menghargai segala usaha dan dedikasi generasi muda dalam mengenengahkan idea-idea bernas untuk aktiviti kesukarelaan mengikut cita rasa masing-masing.

"Wajarlah pertandingan My Uni Rocks yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para mahasiswa dan generasi muda IPT di segenap pelusuk tanah air untuk merealisasikan idea aktiviti kesukarelaan mereka menggunakan laman web dan Facebook," katanya.

Fasa kedua 'My Uni Rocks' kini dibuka untuk pengundian awam ke atas 10 finalis dan cadangan kesukarelawanan mereka di laman Facebook, im4u dan tempoh pengundian awam, akan berakhir pada 31 Disember.

Tiga pasukan yang menerima undi paling banyak akan dinamakan sebagai pemenang dan diumumkan pada 1 Januari tahun depan.

Mereka juga berpeluang mengadakan karnival konsert percuma, mendapat Apple iPad serta lawatan sambil belajar ke luar negara. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan