10 Bayi Lahir Pada 12.12.12 Di Alor Setar - Berita Semasa | mStar

10 Bayi Lahir Pada 12.12.12 Di Alor Setar

Diterbitkan: Rabu, 12 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki yang dilahir di dalam kereta adalah antara 10 orang bayi yang lahir dan ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini Rabu sempena tarikh 12.12.12.

Bayi seberat 3.7 kg ini dilahir kira-kira 4.55 pagi tadi dengan disambut oleh ibu saudaranya yang turut sarat mengandung sembilan bulan, sebelum bayi ini ditempatkan di hospital berkenaan.

Ibunya, Siti Hajar Ibrahim, 28, berkata beliau dijangka melahirkan anak pada pada 23 Disember ini.

"Walaupun tidak sempat melahirkan di hospital, saya bersyukur kerana bayi saya lahir dengan selamat. Bayi saya masih ditempatkan di bilik khas bagi menerima rawatan dan kalau semuanya baik, mungkin kami akan keluar hospital petang ini," katanya.

Siti Hajar berkata beliau mula merasa sakit ketika tengah malam tadi dan meminta bantuan kakak serta abang iparnya untuk menghantarnya ke hospital kira-kira pukul 3 pagi.

"Saya tak sangka bayi saya akan lahir cepat, kira-kira 100 meter lagi nak sampai hospital. Memang saya tak akan lupa tarikh hari ini sebab ia membawa 1,001 makna kepada saya dan keluarga dan diharap bayi saya sentiasa dalam keadaan sihat," katanya.

Seorang ibu muda, Nor Murni Nadia Mohd Noor, 19, turut tidak menyangka anak keduanya akan lahir pada hari ini.

Beliau berkata bayi perempuan yang dilahirkannya merupakan bayi pertama yang dilahir di HSB kira-kira 12.01 pagi. "Kalau ikutkan tarikh yang diberikan doktor, saya dijangka bersalin esok. Syukur sangat kerana semuanya berjalan lancar dan saya harap anak saya menjadi anak yang solehah," katanya.

Sementara itu Pengarah HSB Datuk Dr Juita Ghazalie berkata 10 bayi tersebut dilahir sehingga tengah hari tadi mulai pukul 12.01 pagi. "Bayi yang dilahir adalah lima lelaki dan lima perempuan. Sembilan daripadanya dilahirkan secara normal dan seorang dilahirkan secara pembedahan," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan