Tindakan Terhadap Agensi Pembantu Rumah Di Klang Mungkin Ekoran Aduan Awam - Papa

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan oleh Jabatan Imigresen terhadap sebuah agensi pembantu rumah di Klang mungkin ekoran maklumat yang disalurkan oleh orang ramai berdasar aduan awam, kata Presiden Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Jeffrey Foo.

Beliau berkata, Papa menyokong penuh tindakan itu dan persatuan berkenaan tidak menyokong sebarang bentuk aktiviti pemerdagangan orang oleh sesiapa saja, sama ada mereka menganggotai persatuan itu atau sebaliknya.

"Kami tidak menafikan kemungkinan terdapat anggota Papa yang juga berperanan dalam aktiviti pemerdagangan orang.

"Kami akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyingkirkan individu tidak bertanggungjawab seperti ini demi melindungi imej negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai dakwaan bahawa Jabatan Imigresen membantu Papa untuk menjadikan kalangan bukan anggota persatuan itu sebagai sasaran kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pemerdagangan orang.

Awal bulan ini, Jabatan Imigresen Selangor, cawangan Pelabuhan Klang, menyelamatkan 105 wanita warga asing dari sebuah premis empat tingkat agensi pembantu rumah di Bandar Baru Klang.

Foo, yang kini berada di Jakarta, berkata Papa percaya tahap pemerdagangan orang yang didedahkan oleh Jabatan Imigresen itu baru sebahagian kecil sahaja.

"Kami sekarang berada di Indonesia dan kami diberitahu bahawa sejumlah 16 agensi Indonesia sedang disiasat berhubung aktiviti pemerdagangan orang yang didedahkan oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Mengenai penjelasan Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) bahawa pekerja Indonesia itu diselamatkan oleh Jabatan Imigresen, Foo berkata, Papa memperoleh bukti mengenai agensi di Klang itu yang memperdagangkan pekerja bawah umur.

"Malah ada seorang gadis yang baru berumur 14 tahun yang diselamatkan. Ini sangat memeranjatkan kerana ia jelas pemerdagangan orang," katanya.

Beliau berkata, Papa menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan sama ada pekerja wanita yang diselamatkan itu dieksploitasi atau diperdagangkan.

"Kami beranggapan tidak perlu untuk PIKAP mempertahankan anggotanya sedangkan perkara ini dalam tangan polis dan Jabatan Imigresen," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan