Tidak Wajib Tukar Kepada MyKad Baru - Lee Chee Leong

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Rakyat tidak diwajibkan menukar kepada MyKad struktur baharu yang dilaksana sejak 3 Januari lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Lee Chee Leong.

Beliau berkata pelaksanaannya juga adalah secara berterusan dan setakat ini menerima sambutan menggalakkan. "Respons bagus kerana sesetengah orang berpendapat kad baharu ini yang menampilkan kriteria baharu lebih baik dari segi keselamatan dan daya tahan. Namun tidak wajib menukar MyKad kerana versi lama masih diterima pakai," katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak (JPNS), di sini, Isnin.

Bagaimanapun katanya, bagi yang ingin menukar kepada versi baharu boleh memohon di Jabatan Pendaftaran Negara.

Pada lawatan itu Lee turut memuji JPNS yang mengambil beberapa langkah bagi memperbaiki mutu perkhidmatan seperti memperkenalkan MyKid Ekspress yang memendekkan tempoh permohonan daripada 45 hari kepada sejam.

Pada masa ini cetakan MyKid Ekspress hanya di ibu pejabat di Kuching, namun akan diperluas ke kawasan lain secara berperingkat, katanya.

"Selain itu, JPNS Kuching,turut memperkenalkan kaunter khas untuk mengurus pengambilan MyKadSiap yang dikenali Kaunter 3C (Call, Come and Collect Counter).

Pelanggan yang menggunakan khidmat kaunter berkenaan tidak perlu mengambil nombor giliran dan akan dilayan pada waktu temujanji ditetapkan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan