PM Lahir Keinginan Ke Gaza, Kata Perdana Menteri Hamas

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GAZA: Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melahirkan keinginannya untuk ke Gaza tahun depan.

Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri kepadanya oleh Najib selepas beliau yang menelefon Najib petang Selasa untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga atas segala bantuan yang diberikan kerajaan dan rakyat Malaysia untuk membantu rakyat Palestin.

"Saya membuat jemputan peribadi (kepada Najib) dan amat mengharapkan lawatan segera daripada perdana menteri Malaysia, beliau juga menyatakan dengan bersunguh-bersungguh bahawa beliau pasti akan melawat Gaza," katanya sewaktu menerima kunjungan hormat rombongan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), di sini.

Pertemuan itu diadakan di sebuah dewan kecil di pinggiran pantai Gaza, selepas pejabat asalnya sebelum ini dimusnahkan tentera Israel dalam serangan lapan hari bulan lepas.

Beliau dalam ucapannya dalam bahasa Arab dan diterjemah oleh Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya turut melahirkan rasa bangga melihat bendera Malaysia berkibar bersama-sama bendera Palestin dalam sambutan ulang tahun Hamas ke 25 baru-baru ini.

"Ini menekankan betapa dekatnya hubungan Malaysia dengan Palestin, dan ia tidak pelik kerana hubungan antara Malaysia dan Palestin telah terbina sekian lama. Kami berbangga kerana rayat Malaysia menjadikan isu Palestin sebagai isu utama di dalam negara," katanya.

Haniyeh turut menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia dalam masa terdekat sekiranya keadaan di Palestin kembali stabil. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan