Petani Harus Melakukan Cara Yang Betul - Pegawai Daerah

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CAMERON HIGHLANDS: Satu gabungan antara rupa bumi yang sukar dan sikap petani membawa kepada penerokaan tanah berleluasa di Cameron Highlands, kata Pegawai Daerah Datuk Ahmad Daud.

Beliau mengakui walaupun penguatkuasaan kerap dijalankan, pegawai-pegawai berhadapan dengan masalah masa yang panjang untuk ke tempat-tempat kejadian berikutan jalan-jalan yang curam dan bahaya.

"Sebagai contoh, saya perlu mengambil dua jam untuk sampai ke Sg Menson dengan menaiki pacuan empat roda," katanya.

Beliau menambah akan "cuba yang terbaik" untuk memerangi masalah tersebut.

Ahmad mendakwa bahawa segelintir daripada petani masih melakukan aktiviti penerokaan tanah secara haram biarpun menyedari ia adalah satu kesalahan.

Beliau juga berkata, pencemaran sungai-sungai di sini adalah menjadi masalah utama terutamanya ketika musim hujan.

Katanya, Pejabat Tanah telah bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengadakan kempen mendidik petani melupuskan sisa ladang mereka dengan penuh tanggungjawab.

Beliau berkata para petani bertanggungjawab untuk mewujudkan zon penampan di antara ladang-ladang mereka dan sungai-sungai, walaupun ramai telah diabaikan perkara tersebut.

"Kami akan cuba sedaya upaya untuk memujuk mereka," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan