Memiliki Rokok Seludup Akan Menjadi Satu Kesalahan Tidak Lama Lagi - Liow

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Memiliki rokok seludup tidak lama lagi akan menjadi satu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman, apabila Kementerian Kesihatan menerima pakai pindaan baru untuk Peraturan Kawalan Produk Tembakau.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pihaknya kini sedang memuktamadkan pindaan yang dicadangkan, walaupun beliau tidak mengulas lanjut mengenai jenis penalti yang boleh dihadapi perokok ingkar.

"Sebagai sebahagian keperluan Kerajaan, kita perlu melibatkan orang ramai dan mendapatkan maklum balas mereka terlebih dahulu, tetapi kami menyasarkan untuk melaksanakannya menjelang suku pertama tahun depan," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin, selepas menyaksikan majlis menandatangani usahasama antara syarikat China dan Malaysia dalam bidang pembuatan produk ortopedik.

Liow berkata kerajaan perlu menetapkan peraturan-peraturan yang lebih tegas untuk mengawal kadar rokok seludup yang tinggi di negara ini.

Beliau dipetik dalam laporan sebelum ini sebagai berkata bahawa rokok seludup menyumbang lebih 30 peratus daripada pengedaran rokok di seluruh negara dan menimbulkan bahaya kesihatan yang lebih tinggi disebabkan oleh kekurangan kawalan kandungan tar dan nikotin.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan