Malaysia Tingkat Kerjasama Dengan Luar Tangani SPAM

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Malaysia sentiasa berusaha membina rangkaian jaringan persahabatan dengan negara-negara luar yang berpengaruh bagi tujuan meningkatkan kerjasama dalam menangani masalah berkaitan 'spam', kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata kerjasama itu penting kerana ia membabitkan soal keselamatan serta integriti jaringan telekomunikasi.

'Spam' merujuk kepada kandungan tidak diundang yang menceroboh bahan yang terdapat dalam jaringan Internet, yang mengakibatkan bahan-bahan dalam jaringan yang dicabuli itu tergendala.

Beliau berkata data menunjukkan bahawa ketika ini lebih 183 bilion kandungan menceroboh bahan-bahan dalam jaringan Internet di seluruh dunia setiap hari, dan selagi masyarakat dunia tidak memberi perhatian serius kepada masalah itu, selagi itulah masalah kekacauan dalam jaringan Internet akan terus berlaku.

"Di Malaysia juga kita terdedah kepada spam, yang merupakan satu daripada anasir yang menyebabkan jaringan Internet menjadi tidak integral, yakni tidak dapat diharapkan memenuhi standard yang boleh diterima," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu daripada sesi Persidangan Telekomunikasi Antarabangsa Sedunia 2012 (WCIT) anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) di sini pada Isnin.

Rais berkata Malaysia berharap isu berkaitan spam dapat diketengahkan dalam banyak lagi persidangan antarabangsa untuk dibincang dan dicari konsensus dalam merumus jalan penyelesaiannya.

"... (namun) kalau misalnya persidangan-persidangan ini gagal menimbulkan permasalahan mengenai spam, keselamatan, dan soal integriti masih tidak selesai; sebagai negara berdaulat Malaysia masih boleh mempertahan hak kita dari pencabulan luar ini, kerana kita mempunyai undang-undang sendiri yang mampu dikuatkuasakan," katanya.

Beliau memberi contoh penguatkuasaan pelbagai akta berkaitan komunikasi, multimedia dan juga kesalahan komputer, bagi menguruskan soal-soal yang berkaitan pencabulan keselamatan dan integriti dalam Internet.

"Kita ke mari (ke persidangan WCIT) untuk dapatkan konsensus dengan negara-negara yang mempunyai sentimen yang sama mengenai perkara ini," katanya.

Ditanya sekiranya beliau melihat wujud konsensus pelbagai negara berhubung isu keselamatan dan spam, Rais berkata ketika ini masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenainya.

Beliau berkata pembabitan Malaysia di WCIT adalah usaha pertama untuk mendaftar pandangan negara mengenai spam dan juga soal keselamatan; dan menurutnya kesimpulan nanti hanya akan terserlah dalam bentuk dokumen akhir persidangan yang sudah diteliti oleh semua pihak yang berkaitan.

".... tapi saya yakin perkara ini (spam) lama kelamaan akan menjadi satu perkara yang dirasai menghimpit negara-negara yang bebas," katanya.

Pada sebelah malamnya Rais bersama isteri Datin Seri Masnah Rais menjadi hos majlis makan malam bersama sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di sini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan