LHDN Kutip RM115 Bilion Cukai Setakat Awal Disember

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya mencatat kutipan sebanyak RM115 bilion sehingga awal Disember lalu yang merupakan jumlah kutipan tertinggi pernah dicapai badan itu, setakat ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata berdasarkan rekod itu, pihaknya yakin sasaran RM123 bilion kutipan cukai sehingga akhir tahun ini dapat dicapai.

"Pada tahun lalu, LHDN berjaya memecah kebuntuan kutipan cukai daripada dua digit bilion kepada tiga digit bilion iaitu RM109.6 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah percukaian negara. Usaha ini diteruskan tahun ini dengan tema 'Meneroka Lautan Biru: Zon Kutipan Cukai Tiga Digit' untuk mengenal pasti ruang-ruang baru penjanaan sumber pendapatan negara bagi mengekal dan meningkatkan lagi kutipan cukai langsung," katanya berucap dalam majlis Bicara Bersama Negarawan: Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Isnin.

Dr Mohd Shukor berkata tema 'Menerajui dan Mengurus Perubahan' ditetapkan sebagai asas perjuangan untuk tahun depan bagi mencapai kutipan cukai yang lebih tinggi.

Sementara itu Dr Mahathir berkata selain membantutkan pembangunan negara, kegagalan kerajaan memungut cukai boleh menyumbang kepada pelbagai masalah lain termasuk meningkatkan kadar rasuah dalam kalangan penjawat awam.

Katanya, apabila kerajaan tidak mempunyai hasil yang secukupnya, maka gaji yang lebih tinggi tidak dapat diberi kepada penjawat awam sekali gus akan memaksa mereka mencari alternatif lain untuk menambah pendapatan termasuk menerima rasuah.

"Kalau ini berlaku, maka pendapatan kerajaan tidak akan meningkat dan gaji juga tak akan bertambah maka ia akan jadi satu putaran berulang," katanya.

Dr Mahathir turut mengingatkan LHDN agar tidak mengamalkan tindakan 'keras' ketika melaksanakan amanah mengutip hasil daripada pihak tertentu kerana ia hanya akan menyebabkan berlakunya rasuah.

"Kuasa ni jangan melampaui batas, jangan salah guna seperti rampas buku akaun, kalau tak perlu jangan buat tindakan terlalu keras. Gunakan kuasa untuk mengutip hasil bukannya menindas orang lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan