KPKK Cadang Sejarah Polis Dibukukan Untuk Tatapan Generasi Akan Datang - Rais

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mencadangkan supaya sejarah polis dibukukan dan dijadikan satu subjek teras dalam pendidikan untuk tatapan generasi akan datang, kata Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim.

"Cadangan itu meliputi pengorbanan polis diketengahkan melalui penulisan buku, pembuatan drama atau filem, pembinaan tembok atau dinding menuliskan sejarah pembunuhan, pertempuran atau satu pendekatan untuk menjadikannya sebagai satu subjek pendidikan teras kepada pelajar di peringkat sekolah dan diperingkat Institut Pengajian Tinggi (IPT)," katanya dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) di sini, pada Selasa.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang.

Sehubungan itu, Rais berkata bagi melaksanakan cadangan itu pihaknya boleh mempertimbangkan peruntukan tertentu dan pihak PBPM dialu-alukan mengemukakan cadangan dan berbincang untuk melaksanakan cadangan itu.

Beliau berkata dokumentasi sejarah perjuangan polis itu penting agar tiada pihak cuba memutarbelitkan fakta sebenar dan memperkecilkan pengorbanan pasukan keselamatan untuk kepentingan sesuatu pihak.

Atas faktor itu, Rais kesal dengan tindakan pihak pembangkang yang cuba memanipulasikan fakta sejarah untuk tujuan mencari pengaruh politik tanpa memikirkan perasaan pejuang yang telah membuat pengorbanan kepada negara.

Beliau percaya untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang serta mencapai status negara maju menjelang 2020, rakyat perlu menolak tuduhan dan sindiran dari pihak tertentu yang mahu memesongkan pemikiran masyarakat.

"Kita harus menolak cubaan memesongkan sejarah oleh segelintir pemimpin dan parti politik tertentu semata-mata mencari pengaruh serta kuasa. Kita harus sedar bahawa mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat itu," katanya.

Rais berkata hakikatnya rakyat perlu sedar kejayaan negara yang dicapai pada Selasa bukanlah datang bergolek, tetapi melalui perjuangan yang murni dalam pertumpahan darah dan keringat serta kebijaksanaan pemimpin negara sejak Perdana Menteri pertama sehingga sekarang.

"Peranan pasukan keselamatan, agensi kerajaan yang lain, peranan mantan Perdana Menteri, peranan parti politik yang membentuk kerajaan terutamanya parti Perikatan dan Barisan Nasional (BN) wajib dijadikan ukuran utama dalam membentuk kejayaan yang dikecapi pada hari ini," katanya.

Dalam majlis itu, KPKK menyumbangkan sebanyak RM92,000 kepada PBPM dan sumbangan itu disampaikan Salang kepada Presiden PBPM Shafie Bakri. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan