Kerajaan Belum Putuskan Cadangan Penswastaan KTMB

Diterbitkan: Selasa, 11 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum membuat sebarang keputusan mengenai cadangan penswastaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim.

Beliau berkata satu kajian ketekunan wajar telah dijalankan oleh syarikat MMC Corporation Berhad ke atas KTMB bagi tujuan penswastaan itu, dan cadangannya telah pun dikemukakan kepada kerajaan.

"Namun, kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ia perlu diteliti, dikaji dan dipertimbang dengan lebih terperinci sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya menjawab soalan Senator Abdul Shukor Mohd Sultan di Dewan Negara, pada Selasa.

Abdul Shukor ingin tahu status cadangan penswastaan KTMB dan kesan terhadap organisasi itu.

Lim berkata penswastaan yang dicadangkan itu mampu meningkatkan penyampaian KTMB ke tahap lebih baik dan berkualiti berdasarkan konsep dorongan prestasi.

Mengulas lanjut, katanya, ia penting dalam memastikan KTMB mencapai matlamat operasi mapan tanpa banyak bergantung kepada bantuan kewangan kerajaan di masa depan.

Menyedari kekhuatiran pihak tertentu mengenai cadangan penswastaan itu, Lim berkata kerajaan masih mempunyai kepentingan terhadap aset kereta api dan sentiasa memastikannya dipelihara dan diuruskan dengan cekap serta berkesan.

"Justeru, cadangan penswastaan berkenaan harus diperhalusi agar kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara termasuk perkataan 'Melayu' di dalam jenamanya," katanya.

Menjawab soalan Senator Khairiah Mohamed sama ada jumlah pelepasan cukai ke atas pembelian buku, yang pada masa ini berjumlah RM1,000, boleh dinaikkan untuk menggalakkan budaya membaca, Lim berkata kerajaan tidak bercadang berbuat demikian kerana kadar itu adalah memadai.

Sambil menegaskan bahawa peningkatan kadar pelepasan cukai akan mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan, beliau berkata banyak inisiatif lain yang dirancang bagi menggalakkan tabiat membaca termasuk melalui Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, Kembara Buku 1Malaysia dan Sumbangan Buku 1Malaysia. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan