Tempat Letak Kereta Tambahan, Khidmat Shuttle Atasi Kesesakan Di Hospital Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa langkah telah diambil bagi mengatasi masalah kesesakan tempat letak kereta di hospital kerajaan termasuk pembinaan tempat letak kereta tambahan dan bertingkat.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tempat letak kereta tambahan itu dibina di dalam kawasan hospital dan di kawasan berhampiran di luar jika ada.

"Beberapa buah hospital juga telah memulakan perkhidmatan shuttle yang menyediakan kenderaan bagi mengangkut pesakit pergi-balik dari stesen bas berhampiran ke hospital," katanya pada sesi soal-jawab persidangan Dewan Negara di sini, Isnin.

Beliau menjawab soalan To' Puan Zaiton Mat Amin yang ingin tahu langkah kerajaan mengatasi masalah kesesakan tempat letak kereta di hospital kerajaan khususnya Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sungai Buluh dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Rosnah berkata sebagai langkah tambahan, kerajaan sedang mengkaji kaedah pengurusan tempat letak kereta oleh pihak swasta melibatkan kementerian membiayai pembinaan tempat letak kereta dan pihak swasta bertanggungjawab menyelaras pengurusan dan penyelenggaraannya.

Selain menampung sendiri perbelanjaan membina, Rosnah berkata kementerian juga sedang mengkaji pembinaan tempat letak kereta bertingkat menggunakan kaedah pembiayaan swasta (PFI).

Melalui kaedah itu, semua urusan pembiayaan, pembinaan, pengurusan dan penyelenggaraan akan dilakukan pihak swasta dan mereka akan dibenar mengutip bayaran secara konsesi sehingga memperoleh semula pelaburan yang dibuat. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan