Majikan Swasta Perlu Beri Alasan Kukuh Untuk Tangguh Pelaksanaan Umur Persaraan 60 Tahun - Berita Semasa | mStar

Majikan Swasta Perlu Beri Alasan Kukuh Untuk Tangguh Pelaksanaan Umur Persaraan 60 Tahun

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Majikan swasta yang ingin menangguhkan pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun mulai 1 Julai tahun depan perlu mempunyai alasan dan justifiksi kukuh untuk berbuat demikian, kata setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Sarawak Andrew Lo Isnin.

Beliau berkata MTUC Sarawak sedar bahawa industri dan sektor tertentu memerlukan lebih banyak masa untuk membuat perancangan berhubung pergantian tenaga kerja.

"Oleh itu, kami bersetuju bahawa permohonan untuk menangguhkan pelaksanaannya selama enam bulan hingga 31 Disember, 2013, perlu dikemukakan berserta alasan dan justifikasi kukuh," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata MTUC Sarawak berada di barisan hadapan dalam membuat desakan agar umur persaraan bagi pekerja sektor swasta dinaikkan daripada 55 tahun.

Mengenai peluang kenaikan pangkat bagi pekerja lebih muda, beliau berkata ia mestilah berdasarkan umur dan kekananan serta berasaskan kemahiran dan kecekapan.

"Apa yang dipentingkan di tempat kerja hari ini ialah kepelbagaian kemahiran, pengalaman dan karektor seseorang individu," kata Lo sambil menjelaskan bahawa pekerja lebih tua sama bagusnya dengan pekerja lebih muda dan mereka kurang memonteng, mencatat pusing ganti lebih rendah, kurang terlibat dengan kemalangan, kurang menyalahgunakan bahan, mencatat kadar kepuasan bekerja lebih tinggi dan memiliki lebih banyak nilai positif.

Beliau berkata kelebihan itu membawa kepada penjimatan kos pengambilan pekerja dan menjana lebih banyak pulangan kepada pelaburan yang dibuat untuk latihan.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012 bagi sektor swasta menetapkan bahawa umur persaraan minimum bagi seseorang pekerja ialah 60 tahun.

Seseorang majikan tidak boleh menamatkan perkhidmatan seseorang pekerja sebelum pekerja berkenaan mencapai umur persaraan minimum, tetapi seseorang pekerja boleh memilih untuk bersara awal, berdasarkan kontrak perkhidmatan atau perjanjian bersama.

Oleh kerana pekerja sektor swasta tidak dibayar pencen, maka seseorang yang tidak berminat untuk terus bekerja, boleh meletak jawatan dengan memberi notis seperti yang disyaratkan dalam kontrak mereka. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan