Lynas Perlu Patuh 'Syarat Khusus', Residu Perlu Keluar Dari Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lynas perlu mengeluarkan dari Malaysia semua residu yang dihasilkan oleh Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), termasuk semua produk yang diperbuat daripada residu tersebut.

"Ia merupakan syarat khusus bagi pengeluaran Lesen Pengendalian Sementara (TOL) kepada syarikat itu," demikian menurut empat menteri yang bertanggungjawab secara terus terhadap portfolio berkaitan projek Lynas, dalam satu kenyataan bersama Isnin.

Mereka ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Unggah Embas; dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kabinet juga memperakukan syarat khusus tersebut," kata mereka.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan berikutan laporan media yang kurang tepat mengenai penghantaran keluar residu yang dihasilkan oleh LAMP.

"Obligasi yang dikenakan ke atas Lynas dalam hal ini adalah sangat jelas. Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat serta alam sekitar dalam menangani isu Lynas," kata mereka.

Mereka turut menekankan bahawa sekiranya Lynas gagal mematuhi syarat khusus ini, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mempunyai kuasa mengikut Seksyen 22 Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304), untuk menggantung atau membatalkan TOL dan memerintah Lynas memberhentikan operasinya serta-merta.

"Sebagai menteri-menteri yang bertanggungjawab secara terus terhadap portfolio yang berkaitan dengan projek Lynas, kami menekankan sekali lagi bahawa kesihatan dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan Kerajaan," kata mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan