Kawasan Minyak Baru PM307 Berada Dalam Perairan Terengganu

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kawasan medan minyak yang baru di Blok PM 307 Bertam di luar pantai Semenanjung antara Terengganu dan Pahang adalah milik Terengganu.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kerajaan negeri telah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok berkenaan dan setakat ini jawapan rasmi masih belum diperoleh.

"Kita menerima surat dari syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja-kerja carigali di kawasan berkenaan (dengan kerjasama Petronas Carigali) mengesahkan bahawa ia adalah di kawasan perairan Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (PAS-Batu Buruk) yang ingin tahu status hak milik kerajaan Terengganu ke atas medan minyak berkenaan dan kedudukan terakhir tuntutan royalti minyak dari Petronas dan kerajaan pusat pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 12 Penggal Kelima di sini, Isnin.

Ahmad berkata kerajaan negeri dimaklumkan bahawa keseluruhan bayaran tuntutan minyak dari kerajaan negeri bakal diterima dari Petronas melalui kerajaan pusat Pada Mac 2013.

Katanya bayaran itu diberi setelah kedua-dua kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri mencapai kata sepakat mengenai tuntutan itu.

Mengenai penarikan balik saman kerajaan negeri terhadap Petronas, Ahmad berkata ia berasaskan kepada persetujuan kerajaan pusat untuk menjelaskan kesemua bayaran dari Petronas kepada kerajaan Terengganu yang dipanggil Dana Khas sebagaimana perjanjian asal.

"Sebelum ini, Petronas membuat bayaran dua kali iaitu minggu pertama bulan Mac dan September manakala kerajaan pusat akan membayar minggu ke-empat kepada kerajaan negeri dan semua bayaran akan dibuat sepenuhnya pada tahun hadapan tanpa sebarang potongan," katanya bagi menjawab soalan tambahan Dr Azman.

Berasaskan kepada perkara itulah, Ahmad berkata kerajaan negeri bersetuju menarik balik saman tersebut kerana yang penting kerajaan negeri mendapat keseluruhan wang yang sepatutnya diterima dari Petronas.

Pada sidang medianya selepas itu, Ahmad berkata, tahun ini, Terengganu menerima RM2 bilion Dana Khas dari Petronas berbanding RM1.6 bilion tahun lalu.

"Penemuan medan rizab minyak baharu di PM307 dijangka memberi tambahan 5.0 peratus atau sekitar RM100 juta setahun, bergantung pada anggaran pengeluaran, apabila pengeluaran bermula pada suku ketiga 2014," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan