Jabatan Agama Johor Terus Pantau LGBT Walau Tiada Aduan

Diterbitkan: Isnin, 10 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Jabatan Agama Johor akan terus memantau gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negeri itu walaupun tidak menerima sebarang aduan mengenainya sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Datuk Zainal Abidin Osman berkata Jabatan Agama Johor sentiasa mengikuti perkembangan LGBT menerusi media massa selain turut menjelaskan isu itu melalui khutbah Jumaat di seluruh negeri.

"Jabatan Agama Johor merancang mengadakan seminar pendidikan dan penjelasan tentang penyelewengan LGBT kepada masyarakat Islam di negeri ini supaya mereka lebih memahami mengenainya," katanya menjawab soalan Datuk Abdullah Ali (BN-Bukit Naning) pada persidangan dewan undangan negeri, di sini Isnin.

Mengenai fahaman pluralisme dan liberalisme pula, Zainal Abidin berkata Jabatan Agama Johor sukar mengesan penyebaran pengaruh fahaman tersebut melalui pemantauan yang dilakukan.

Bagaimanapun pihaknya percaya kemungkinan terdapat segelintir individu yang cenderung kepada fahaman terbabit melalui Facebook, laman sesawang lain mahupun berhubung secara terus dengan negara luar melalui media sosial Skype.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor Datuk Hoo Seong Chang berkata dua lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan dibuka di Johor bagi memberi manfaat kepada masyarakat.

Menjawab soalan Datuk M. Munusamy (BN-Permas), Hoo berkata dua kedai tersebut adalah di Taman Pesona di Kluang dan Pasir Gudang, di sini.

"Sehingga kini lapan KR1M sudah dibuka di negeri ini yang membabitkan Taman Bukit Pasir di Muar; Pusat Perniagaan Square dan Kompleks Pekan Rabu di Johor Baharu; Kota Tinggi; Pontian; Taman Maju Jaya di Labis; Endau di Mersing dan Jalan Muafakat di Tangkak," katanya.

Menjawab soalan tambahan Ong Kow Meng (DAP-Senai), beliau berkata pembukaan KR1M yang kini berjumlah 85 buah di seluruh negara amat rasional bagi menyediakan kemudahan kepada rakyat dan bukan gimik pilihan raya semata-mata. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan