PM Lancar Kelab Peminat Ah Jib Gor

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melancarkan Kelab Peminat Ah Jib Gor bagi membolehkan beliau merasai denyut nadi rakyat terutamanya masyarakat Cina di negara ini.

Kelab itu dilancarkan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) melalui 'tele-persidangan' dengan anggota kelab itu di Sekolah Menengah Yu Yuen, Sandakan, Sabah.

Najib ketika berinteraksi berkata penubuhan kelab peminatnya di Sandakan itu merupakan testimoni bahawa rakyat termasuk di Sabah meyakini konsep 1Malaysia dan agenda transformasi negara.

Beliau berkata kelab tersebut boleh menjadi jambatan komunikasi antara beliau dan rakyat di negara ini termasuk di Sabah dalam memahami perasaan, permintaan dan jangkaan rakyat terhadap kerajaan.

"Terima kasih atas keyakinan dan sokongan anda.. Saya percaya kita boleh gunakan talian komunikasi ini untuk bertukar-tukar pandangan dan komen dari semasa ke semasa.

"Saya berpendapat ini adalah sangat positif kerana ia bukan sahaja mewujudkan hubungan yang baik tetapi juga hubungan secara bersemuka antara anda semua dan pemerintah," katanya.

Najib berkata beliau berharap kepercayaan rakyat terhadap kerajaan akan berterusan selaras dengan komitmen kerajaan dalam menjadikan transformasi sebagai agenda utama negara.

"Kita percaya bahawa kita kerajaan yang kuat, kita boleh memimpin negara ini untuk memenuhi wawasan negara kita dalam menjadi sebuah negara maju sepenuhnya.

"Malaysia adalah tanggungjawab kita dan kita mesti berusaha menggalakkan suasana harmoni dan kestabilan di kalangan pelbagai etnik di Malaysia," katanya.

Najib juga berkata 1Malaysia bukan slogan semata-mata tetapi merupakan panduan nasional yang merupakan falsafah menyeluruh dan prinsip kepada negara termasuk dasar-dasar dan agenda transformasi.

"1Malaysia adalah tentang 'membentuk', bersatu dan mengharmonikan Malaysia. Ia adalah berdasarkan prinsip keadilan sosial, tentang menjadi adil dan inklusif, dan juga mengenai 'kesederhanaan.. semuanya adalah sebahagian daripada falsafah 1Malaysia.

"1Malaysia akan menjadi falsafah menyeluruh kita dan dengan sokongan anda, negara ini akan berubah menjadi sebuah negara pelbagai kaum pertama yang kita semua banggakan," katanya.

Terdahulu, sebelum sesi 'tele-persidangan' itu, Perdana Menteri turut berinterasi melalui 'Facebook chatting' dengan warga sekolah tersebut termasuk Penolong Kanan Hong Lean Hwa dan pelajar tingkatan lima, Esther Yap Yuk Lim.

Hong mengucapkan terima kasih atas sumbangan RM1 juta kepada sekolah itu ketika lawatan Perdana Menteri pada 20 April lalu dan Najib menjawab "Saya berharap sumbangan ini dapat meningkatkan lagi pencapaian murid-murid di Sekolah Yu Yuan".

Najib turut menjawab enam soalan dari Esther termasuk mengenai makanan Cina yang menjadi kegemarannya di mana Najib menjawab beliau suka ikan kukus bersama sos soya dan ketam masak cili masam manis manakala hobinya pula adalah membaca buku dan bersenam.

Najib juga ditanya kerja pertamanya selepas tamat pengajian di sebuah universiti di United Kingdom di mana Najib memberitahu bahawa beliau menyertai perkhidmatan kerajaan sebagai pegawai junior di Unit Perancang Ekonomi (EPU) sebelum menyertai Bank Negara.

Beliau turut berkongsi nilai yang diperlukan untuk berjaya dalam hidup iaitu rajin, integriti dan kreatif selain memberitahu beliau amat sukakan Sabah kerana keindahan alam semulajadi dan eko-pelancongannya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong yang juga Anggota Parlimen Sandakan berkata Kelab Peminat Ah Jib Gor itu merupakan inisiatif penyokong Perdana Menteri yang terdiri dari badan bukan kerajaan (NGO) di Sandakan.

"Mereka ingin menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri kerana Perdana Menteri amat prihatin dan dekat dengan hati rakyat.

"Kelab peminat ini akan dikembangkan ke Kota Kinabalu, Tawau dan bandar-bandar lain di Sabah dan harap ia akan berkembang di semenanjung juga kerana ia terbuka untuk semua," Liew yang juga Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan