Pelaksanaan AES Diteruskan Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya - Solah

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksana sistem tersebut yang turut diguna di negara maju.

"Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan ia akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya kepada pemberita sebelum mesyuarat tertutup bersama pegawai JPJ Terengganu, di sini Ahad.

Beliau berkata, buat masa ini, 14 unit AES telah dipasang iaitu tujuh di Perak, dua di Selangor dan lima di Kuala Lumpur dan Putrajaya termasuk empat unit bergerak AES.

Menurutnya, sejak pelaksanaan AES 23 September lalu pihaknya mendapati kadar kesalahan trafik di beberapa lokasi strategik berjaya dikurangkan 75 peratus.

Dalam pada itu, Solah berkata pihaknya bersedia untuk berjumpa wakil parti politik bagi menjelaskan matlamat sebenar pelaksanaan AES.

"Kalau hendak jumpa boleh, JPJ tidak ada masalah," katanya ketika diminta mengulas dakwaan sistem itu menjadi isu politik dan akan mempengaruhi keputusan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Katanya, JPJ kini dalam rangka jelajah ke seluruh negara untuk berjumpa dengan jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta badan bukan kerajaan (NGO) bagi menerangkan fungsi sebenar AES dan faedahnya kepada pengguna jalan raya.

Mengulas tentang unit AES yang menjadi mangsa vandalisme di dua lokasi di Selangor, beliau berkata, pihaknya sudah menjangka perkara tersebut akan berlaku sebagaimana kerosakan kepada harta benda awam lain di negara ini.

"Ada yang puas hati dan ada yang tidak puas hati itu sudah kita jangka dan ini juga berlaku di negara lain," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan