Malaysia Perkenal Konsep Inovasi Sosial Di Kemuncak Keluarga Dunia, Brazil

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia memperkenalkan konsep inovasi sosial bagi memupuk keluarga seimbang ke arah pembangunan mampan pada upacara pembukaan Sidang Kemuncak Keluarga Dunia+8 (WFO+8) di Foz Do Iguacu, Brazil.

Sidang empat hari itu berakhir pada Ahad.

Ketua-setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata Malaysia mengemukakan bahawa inovasi sosial itu boleh diterimapakai, disesuai dan dilaksanakan mengikuti konteks masing-masing negara.

"Pendekatan inovasi sosial ialah pembinaan dan pelaksanaan idea baru yang membawa kesan seperti untuk produk, perkhidmatan dan model bagi memenuhi keperluan sosial segala jenis, dari keadaan kerja dan pendidikan hingga kepada pembangunan masyarakat dan keluarga.

"Ia juga merujuk kepada inovasi yang mempunyai tujuan sosial seperti pemerkasaan ekonomi kumpulan terpinggir, kredit mikro atau pembelajaran jarak jauh, inovasi dalam dasar awam dan tadbir urus," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Antara inisiatif inovasi sosial utama yang dilaksanakan Malaysia ialah penggubalan Dasar Keluarga Kebangsaan, Program 1Azam, Perkongsian Maklumat bagi mempertingkat Rangkaian Keluarga, Program Keluarga Didahulukan 1Malaysia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan dan model pertumbuhan Malaysia yang menggabungkan Indeks Ekonomi dan Kebahagiaan.

WFO+8 dihadiri oleh lebih 50 negara dan diwakili oleh 200 perwakilan termasuk menteri, pegawai kerajaan, NGO, sektor swasta dan masyarakat madani.

Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh Pertubuhan Keluarga Sedunia, dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan