BNM Pantau Kemasukan Dana Asing Sabotaj Umno, BN - Awang Adek

Diterbitkan: Ahad, 9 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BACHOK: Bank Negara Malaysia (BNM) akan memantau sebarang kemasukan dana asing menerusi badan bukan kerajaan (NGO) bertujuan membantu pembangkang membiayai usaha mensabotaj Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, sekiranya berlaku, BNM sudah pasti dapat mengesan kegiatan seumpama itu.

"Kita akan dedahkan kepada umum supaya rakyat membuat penghakiman," katanya kepada pemberita selepas menemui 100 ulama muda di pejabat Umno Bahagian Bachok di sini, Ahad.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Ruslan Kasim baru-baru ini dilaporkan berkata pembangkang mewujudkan dana khas bagi membiayai 'golongan yang kecewa' dalam Umno dan BN untuk mensabotaj parti.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan menegaskan jika pembangkang diberi mandat memerintah negara, sudah pasti Malaysia akan berada di bawah pengaruh asing.

"Bila kita buat pendedahan, terpulang kepada rakyat sama ada untuk memilih parti yang di bawah telunjuk asing atau parti yang mengamalkan (pentadbiran)mengikut acuan kita sendiri," kata Awang Adek yang juga Ketua Umno Bachok.

Beliau berkata, jika didapati kemasukan dana itu boleh mengancam keselamatan negara atau melanggar undang-undang, pihak berkenaan boleh didakwa mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Tambah beliau, pihak yang tidak bertanggung jawab itu perlu berfikir panjang kerana risikonya sangat tinggi dalam bentuk balasan daripada rakyat yang tidak mahu negara menjadi boneka asing, selain tindakan undang-undang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan