Tanggapan Yuran Pengajian Swasta Mahal Harus Diperbetul

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tanggapan masyarakat berhubung yuran pengajian yang mahal ditawarkan sektor pendidikan swasta di negara ini haruslah diperbetul melalui penerangan dan pameran pendidikan.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Omar Abd Rahman berkata tanggapan demikian lazimnya dibuat tanpa berdasarkan sebarang bukti.

"Kebanyakan institusi pengajian swasta di Malaysia sebenarnya menawarkan kos pengajian yang berpatutan selain ia turut diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Justeru, menerusi penganjuran pameran pendidikan yang menghimpunkan institusi dan universiti terkemuka tempatan mahupun antarabangsa ia diharapkan dapat mengubah tanggapan tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Pendidikan Facon di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Sabtu.

Pameran Pendidikan Facon kali ke-33 selama dua hari bermula hari ini, turut diadakan serentak di Sabah dan Sarawak.

Menurut Omar peluang pengajian yang ditawarkan sektor pendidikan swasta negara juga sebenarnya merupakan platform baik untuk para pelajar membuat pilihan untuk menyambung pelajaran di dalam negara.

"Di antara perkara yang dapat membantu membangunkan lagi sektor pengajian tinggi negara adalah dengan cara kita membuka minda pelajar untuk melihat program-program pengajian yang bertaraf antarabangsa serta diiktiraf oleh negara luar," katanya.

Pameran Pendidikan Facon pada kali ini turut menampilkan buat kali pertama penyertaan kumpulan institusi antarabangsa dari Kesatuan Eropah, selain Jepun, China dan Singapura. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan