Penyokong Tegar PR Keluar Parti Demi Menyokong Perjuangan BN

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Penyokong-penyokong tegar Pakatan Pembangkang (PR) di Pulau Pinang mula memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) berikutan hilang kepercayaan kepada kepimpinan pakatan berkenaan.

Bekas Timbalan Ketua Bahagian Bukit Gelugor, Roslan Rahman Shah berkata berkata beliau keluar daripada PKR sejak dua tahun lepas setelah mendapati PR gagal menunaikan janji-janji mereka kepada pengundi terutama orang Melayu di negeri ini.

"Waktu mereka mahukan undi kita, macam-macam mereka janji tetapi selepas menang langsung tidak peduli rakyat terutama di akar umbi," katanya kepada pemberita selepas jamuan tengah hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersama masyarakat Bayan Baru, di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru di sini, Sabtu.

Roslan berkata beliau dahulu menyertai PKR bersama Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (anggota parlimen Bayan Baru) kerana yakin PR mampu membantu dan membela nasib rakyat.

"Masa itu pemimpin Umno agak teruk dalam kebajikan rakyat tetapi bila dalam PKR, saya rasa ia lagi teruk dari Umno. Saya keluar PKR kerana ingin membantu rakyat Pulau Pinang.

"Saya lihat Perdana Menteri membawa konsep "Janji Ditepati" dan ia membuktikan adanya kebangkitan dan kesedaran untuk Umno membantu kebajikan orang Melayu dan semua bangsa," katanya.

Sementara itu, Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) yang menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, meminta kerajaan pusat meningkatkan pengawalan akidah umat Islam di Malaysia bagi mengawal kegiatan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan