Penemuan Struktur Bawah Tanah Di Kelantan Terus Jadi Misteri, Spekulasi

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sebahagian daripada struktur bersimen yang ditemui di Palekbang, Tumpat.
Sebahagian daripada struktur bersimen yang ditemui di Palekbang, Tumpat.

TUMPAT: Persekitaran dan struktur bawah tanah yang ditemui di sini terus menjadi misteri, dengan spekulasi terdapat artifak atau logam berharga di sana, terutama selepas kawasan itu diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh lelaki yang mendakwa ia adalah projek kerajaan negeri.

Rakyat ingin tahu tentang tapak di kawasan seluas 2.2 hektar tersebut yang terletak di Palekbang di sebelah Sungai Kelantan dan diletakkan di bawah pengawasan 24 jam oleh sekurang-kurangnya 10 lelaki bersama 'walkie talkie' mereka.

Salah seorang "pengawal" yang ditemuramah oleh 'The Star' berkata kawasan itu ditutup untuk memastikan keselamatan awam manakala orang lain mendakwa dia berada di sana bagi pihak kerajaan Kelantan.

Dia mendakwa telah diberi kuasa untuk menyekat mereka yang tidak dibenarkan masuk daripada memasuki kawasan tersebut.

Ditanya mengapa kawasan itu tidak dikawal oleh pasukan keselamatan seperti polis atau angkatan tentera, "pengawal" tersebut marah sambil menjawab dia hanya menjalankan tugasnya.

"Tiada siapa yang boleh mempersoalkan mengapa kita berada di sini kerana ini adalah projek kerajaan dan menerima arahan untuk menghalang orang daripada pergi ke kawasan itu," kata seorang lelaki tua yang memakai T-shirt biru.

Orang ramai juga tidak dibenarkan untuk mengambil gambar tapak.

Kakitangan yang dibenarkan masuk perlu meninggalkan kad pengenalan mereka di khemah untuk mendapatkan pas sementara untuk masuk ke dalam laman tapak.

Pengunjung dari Kuala Lumpur, Baharom Ahmad, 32, berkata dia tidak faham mengapa polis tidak ditugaskan menjaga kawasan ini.

"Mereka yang bertugas mengawal kawasan ini tidak kelihatan seperti pihak berkuasa dan saya tertanya-tanya apakah kuasa yang mereka ada untuk menghalang orang ramai memasuki kawasan ini," kata Baharom yang dalam perjalanan ke Pengkalan Kubor bersama keluarganya.

Pada 30 November, sebuah syarikat perlombongan pasir menemui struktur seperti terowong tertanam di bawah jambatan keretapi ketika membersihkan kawasan itu.

Jabatan Bomba dan Penyelamat tempatan telah diarahkan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengepam keluar air dari terowong.

Tujuh telaga berhampiran jambatan keretapi juga ditemui dan dikatakan menjadi sebahagian daripada terowong.

Penduduk di sini percaya struktur tersebut adalah sebahagian daripada bandar purba yang tertimbus di bawah tanah dengan saiz sebesar sekurang-kurangnya tiga padang bola sepak.

Ada juga yang berfikir terowong ini mempunyai panjang sekurang-kurangnya 100km dan dibina sama ada oleh Jepun atau British.

Siti Noor Aishah Deraman, 57, berkata setakat yang dia tahu, terowong dan telaga telah digunakan untuk mengisi air ke dalam lokomotif stim pada zaman dahulu.

Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob telah dilaporkan oleh Bernama sebagai berkata bahawa kerajaan negeri masih mengkaji perkara itu dan akan memaklumkan kepada orang ramai selepas kajian telah disiapkan dan menggesa orang ramai tidak membuat spekulasi.

Bantuan tentera telah diminta kerana kemungkinan terdapat senjata kerana ia dahulunya merupakan kawasan tentera Jepun, katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan