Penduduk Tanjong Tokong Dijamin Terbela -Najib

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak ke kampung Tanjong Tokong di sini memberi sinar baharu kepada penduduk apabila Perdana Menteri secara spontan memberi jaminan untuk mempertimbangkan permintaan mereka.

Dalam pertemuan dengan Jawatankuasa Khariah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong di sini petang tadi, Najib secara peribadi pendengar rintihan penduduk yang bimbangkan nasib mereka dan permintaan kemudahan infrastruktur di kawasan itu.

"Penduduk Tanjong Tokong akan dapat apa yang sepatutnya dapat...saya dimaklumkan UDA juga akan membina 2,000 unit rumah dengan keluasan 850 kaki persegi dan kita harap ia siap tidak lama lagi," kata beliau sambil disambut dengan laungan takbir oleh orang ramai dalam masjid itu.

Najib berkata, Badan Perhubungan Umno Negeri telah diarah untuk membantu dan menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk kampung itu dan mahu menjadikan Tanjong Tokong sebagai 'nadi' Barisan Nasional (BN) untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Katanya, lawatan beliau ke kampung Tanjong Tokong itu adalah sebagai mengulangi sejarah lawatan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak pada tahun 1972 dengan misi yang sama iaitu membantu masalah penduduk kampung berkenaan.

Pada pertemuan itu, Najib turut berjanji untuk membantu golongan belia di kampung itu setelah mendengar keluhan golongan muda dan menerima memorandum daripada Persatuan Belia Asas Bersatu Tanjong Tokong.

Memorandum yang meminta kemudahan untuk golongan belia menjalankan aktiviti riadah dan latihan kemahiran itu diserahkan setiausaha persatuan Muhaizan Md Mokhtar.

Sementara itu, Pengerusi Uda, Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam satu kenyataan berkata Uda Holdings Berhad akan membangunkan semula Parcel 4A di Tanjung Tokong termasuk membina pangsapuri kepada 1,200 penduduk di kawasan itu yang dianggarkan bernilai RM165 juta.

"Matlamat Uda untuk projek pembangunan semula kawasan itu adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan selesa kepada penduduk di Tanjung Tokong," katanya.

Nur Jazlan berkata idea pembangunan dan pembinaan semula Kampung Tanjung Tokong di bawah Uda itu adalah hasil cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, pada tahun 1972.

Pada lawatan itu, Najib sempat meluangkan masa melawat Galeri Warisan Tanjung yang mempamerkan pelbagai manuskrip lama dan gambar bersejarah Tanjung Tokong. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan