Kerajaan Pusat Sumbang RM500,000 Kepada Program 'Tabung Gaza Di Hati USM'

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan persekutuan pada Sabtu menyerahkan dana RM500,000 kepada Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) untuk 'Tabung Gaza di Hati USM' di sini.

Sumbangan itu diserahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selepas melawat gerai pelajar berkenaan bersempena Program Jelajah Janji Ditepati (JJD).

Yang Dipertua MPPUSM Muhammad 'Ammar Mohd Aziz berkata tabung bantuan itu akan disalurkan secara berperingkat kepada anak-anak Gaza menerusi aktiviti pendidikan dengan kerjasama University of Gaza.

"Dalam tempoh dua minggu tabung itu dilancarkan, kita telah mengumpul sebanyak RM115,000 hasil sumbangan warga USM dan aktiviti jualan lelong dan kerja amal perwakilan pelajar," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata dalam lawatan Perdana Menteri ke kampus itu, MPPUSM turut menyerahkan memorandum cadangan kepada Perdana Menteri mengenai kebajikan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh negara.

Muhammad 'Ammar berkata kandungan memorandum antaranya meminta kerajaan pusat menyediakan peruntukan khas kepada persatuan pelajar di setiap IPTA bagi menjalankan program sosial mendekati masyarakat supaya hubungan antara kedua pihat dapat dieratkan dan melancarkan lagi aktiviti yang dirancang.

Perdana Menteri yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa menteri kabinet melawat lebih 20 buah gerai dan pameran di sekitar tapak program JJD.

Pada majlis itu, juga Najib melancarkan permohonan dalam talian projek PR1MA sebelum menghadiri majlis makan tengah hari anjuran Umno Bahagian Bayan Baru di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan