Kelantan Perlukan Perubahan Untuk Buka Peluang Ekonomi Lebih Luas - Mustapa

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Penduduk Kelantan, terutama mahasiswa, perlu sedar bahawa negeri kelahiran mereka memerlukan perubahan bagi menyediakan peluang ekonomi yang lebih luas kepada rakyat, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata sejak Kelantan diperintah PAS 22 tahun lepas, perubahan yang berlaku di negeri itu sangat sedikit.

"Kesannya, ramai warga Kelantan berhijrah ke negeri lain bagi mencari nafkah hidup termasuk yang diperintah Barisan Nasional (BN) seperti Johor dan Melaka," katanya ketika menutup Konvensyen Mahasiswa Kelantan 1Malaysia 2012 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabtu.

Mustapa juga berkata mahasiswa Kelantan perlu bijak menapis maklumat dan fitnah daripada berita yang mereka terima, antaranya dakyah pembangkang kononnya Umno zalim sehingga ada pihak tergamak mendoakan kehancuran parti itu.

Beliau berkata jika Umno zalim, masakan ramai pelajar negeri itu dapat menyambung pengajian di UiTM, yang menyaksikan 20 peratus daripada 500,000 graduan institusi tersebuta adalah dari Kelantan.

Mustapa juga berkata jika Umno zalim, masakan anak kelahiran Kelantan seperti Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dilantik Panglima Angkatan Tentera manakala Tun Arifin Zakaria sebagai Ketua Hakim Negara.

Beliau berkata jika Malaysia sebuah negara yang gagal, mengapa suara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didengari pemimpin dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama.

"Masyarakat dunia tidak akan memberi penghormatan kepada suara atau pandangan Malaysia, jika ia sebuah negara yang gagal. Mana-Mana kita pergi, rombongan kita dipandang tinggi," katanya.

Sehubungan itu, Mustapa berkata golongan mahasiswa perlu menolak fitnah pembangkang dan sentiasa menyokong kebenaran.

Konvensyen sehari anjuran Himpunan Siswazah Kelantan itu disertai 15,000 anak Kelantan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan