Cuepacs Bicang Skim Faedah Pencarum Dalam Masa Terdekat - Omar

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan bermesyuarat dalam masa terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).

Presidennya Datuk Omar Osman berkata beliau telah mendengar taklimat wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.

Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan Pegawai Am UPSI di sini, Jumaat.

Omar berkata sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.

"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu," katanya.

Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada penjawat awam yang baru dilantik.

Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.

Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi dalam tugasan harian mereka, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan