Akta Umur Persaraan Minimum Akan Dilaksana Mulai 1 Julai 2013 - Berita Semasa | mStar

Akta Umur Persaraan Minimum Akan Dilaksana Mulai 1 Julai 2013

Diterbitkan: Sabtu, 8 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Akta Umur Persaraan Minimum 2012 bagi sektor swasta akan dilaksanakan mulai 1 Julai 2013.

Majikan boleh memohon untuk menangguhkan pelaksanaan sehingga 31 Disember 2013 tetapi permohonan untuk itu perlu dibuat menjelang akhir Februari, menurut satu kenyataan daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S. Subramaniam pada Jumaat.

Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 27 Jun dan Dewan Negara pada 17 Julai. Ia telah diwartakan pada 16 Ogos.

Akta ini mensyaratkan bahawa umur persaraan minimum pekerja mestilah 60.

Seseorang majikan tidak harus memberhentikan pekerja sebelum pekerja mencapai umur persaraan minimum.

Walau bagaimanapun, Akta ini tidak menghalang pekerja daripada bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan, mengikut kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif.

Kementerian Sumber Manusia mengadakan siri runding dengan tiga pihak yang melibatkan wakil-wakil majikan dan pekerja serta pelbagai agensi kerajaan untuk membincangkan mengenai pelaksanaan umur persaraan minimum sebelum menetapkan tarikh, kata kenyataan itu.

Walau bagaimanapun, majikan yang memerlukan tempoh lanjutan boleh memohon untuk menangguhkan pelaksanaan selama enam bulan dan permohonan mestilah disertakan dengan alasan yang kukuh dan justifikasi kepada Kementerian Sumber Manusia tidak lewat darip 28 Februari 2013, menurut kenyataan itu.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan