Tok Mun Simpan Hasrat Bertanding Lagi di Parlimen K.Terengganu

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Maimon Yusof
Maimon Yusof

KUALA TERENGGANU: Mungkin masih ramai mengingati Maimun Yusof atau 'Tok Mun', warga emas yang mencabar jagoan PAS Mohamad Sabu dan calon Barisan Nasional (BN) (Allahyarham) Datuk Razali Ismail bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu pada pilihan raya umum 2008.

Sekalipun tewas dan hilang deposit pada pilihan raya umum itu, nenek berusia 93 tahun ini menyimpan hasrat untuk bertanding sekali lagi pada pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan bila-bila masa.

"Kalau Tok menang, Tok nak jaga hati rakyat yang menyokong Tok. Orang-orang susah Tok nak bagi rumah kepada mereka," katanya ketika ditemui Bernama di rumahnya di Jalan Panji Alam di sini.

Beliau bagaimanapun sedar hasratnya untuk bertanding sekali lagi mungkin sukar menjadi kenyataan kerana faktor kewangan selain tiada siapa mahu menjadi pencadang dan penyokongnya. Pada pilihan raya umum 2008, Maimun yang menjadi calon tertua, mengaku kepada media beliau mengeluarkan simpanan Tabung Haji untuk membayar deposit bagi melayakkannya bertanding.

Beliau cuba bertanding pada empat pilihan raya umum sebelum itu namun ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya kerana tidak memenuhi syarat.

Mengulas lanjut, Maimun juga berpandangan beliau mungkin sukar untuk menang jika hasratnya bertanding lagi menjadi realiti, kerana "penyokong Umno dan BN semakin ramai".

Dilahirkan pada 1919, Maimun yang tinggal di sebuah rumah usang bersama beberapa orang cucu, jelas masih kuat dan sihat dengan deria penglihatan dan pendengaran yang baik.

Pada pilihan raya umum 2008, Maimun hanya memperolehi 685 undi.

Kerusi parlimen itu dimenangi Razali dengan 32,562 undi, sementara Mohamad menerima 31,934 undi.

Bagaimanapun, pada pilihan raya kecil yang diadakan pada Januari 2009 susulan kematian Razali, Maimun memutuskan untuk tidak bertanding kerana faktor kewangan. Kerusi itu dimenangi calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi mengatasi calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan calon Bebas Azharudin Mamat @ Adam meraih hanya 193 undi. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan