PM Dijangka Umum Program PR1MA Di P. Pinang Esok

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengumumkan projek-projek perumahan mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang dalam lawatan kerjanya di negeri ini esok.

Pengumuman projek di bawah Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) itu sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan pusat menyelesaikan masalah perumahan rakyat golongan sederhana dan berpendapatan rendah berikutan kegagalan kerajaan negeri pimpinan pembangkang berbuat demikian.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA Berhad Datuk Abdul Mutalib Alias berkata antara lokasi yang dikenal pasti untuk program PR1MA di negeri ini ialah Timur Laut, Balik Pulau, Bukit Mertajam, Permatang Pauh dan Nibong Tebal.

"Mengenai butiran yang lebih lanjut itu kita harap perdana menteri akan umum esok...berapa ribu sasaran kita, berapa harga dan sebagainya," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Najib dijadual memulakan lawatan esok dengan bersarapan pagi dan melakukan tinjauan mesra di Pasar Bayan Baru sebelum melancarkan program 'Jelajah Janji Ditepati' di Universiti Sains Malaysia.

Beliau juga dijadual menghadiri jamuan tengah hari bersama penduduk Bayan Baru di perkarangan Pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Perdana menteri juga dijadual meluangkan masa bersama penduduk Tanjong Tokong. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan