'Penuhi Impian Kamu Seperti Armstrong, Sheikh Muzaphar' - Duta AS

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Generasi muda Malaysia digesa menerokai pengalaman baru dan memenuhi impian mereka seperti angkawasan Amerika Syarikat (AS) Neil Armstrong, lelaki pertama menjejakkan kaki ke bulan dan angkasawan Malaysia, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Dalam membuat gesaan itu, Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Datuk Paul W.Jones berkata Armstrong walaupun seorang rakyat AS, tetapi pencapaiannya dan rakan-rakan Apollo 11 seperti Buzz Aldrin dan Michael Collins, adalah milik dunia.

"Armstrong dan rakan angkasawannya telah mentakrifkan semula persepsi kita terhadap masa dan ruang, jarak dan perspektif, bulan, alam semesta ini dan tempat kita tinggal di dalamnya," katanya pada majlis pelancaran pameran foto Armstrong di sini Jumaat.

Jones berkata paling penting, program angkasa AS memberi perspektif baru dan penghargaan yang lebih besar kepada kehidupan manusia di planet ini untuk dikongsi bersama.

"Melalui pemahaman ini, wujud pengiktirafan untuk kita bertanggungjawab sebagai warga dunia dalam komuniti global bagi mengukuhkan hubungan antara negara dan bekerjasama ke arah matlamat dan impian yang sama," katanya pada majlis yang dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Prof Datin Paduka Dr Khatijah Mohd Yusoff.

Pameran 'A Tribute To Neil Armstrong' menceritakan perjalanan hidupnya daripada zaman kanak-kanak hingga kisah bersejarahnya menjejakkan kaki ke bulan melalui siri bergambar dan babak dalam kehidupannya.

Armstrong membesar di sebuah pekan kecil di AS pada 1030-an, belajar menerbangkan kapal terbang pada usia 15 tahun dan menjadi manusia pertama menjejakkan kaki ke bulan pada usia 38 tahun pada 1969. Beliau meninggal dunia pada 25 Ogos tahun ini.

Jones berkata banyak teknologi yang terdapat pada hari ini direka hasil penemuan teknologi angkasa.

Pameran yang diadakan di Planetarium Negara berlangsung sehingga 7 Januari 2013. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan