Pemilihan Pimpinan Tertinggi Parti Pada Kongres DAP Minggu Depan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: DAP akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan baru parti bagi penggal 2013-2016 pada kongres kebangsaan parti itu yang akan berlangsung di Pulau Pinang pada 15 dan 16 Disember, kata Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw.

DAP menangguhkan pemilihannya yang sebelum ini dijadual diadakan pada Ogos 2011, sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Pimpinan parti akan dipilih lebih 2,000 perwakilan dari seluruh negara yang menghadiri kongres itu, katanya ketika dihubungi Bernama, pada Jumaat. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan