Kerajaan Selangor Tutup Kamera AES: JPJ Tidak Akan Bertindak

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Solah Mat Hassan. Foto MOHD SAHAR MISNI/THE STAR
Solah Mat Hassan. Foto MOHD SAHAR MISNI/THE STAR

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap keputusan Kerajaan negeri Selangor untuk menutup dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang dipasang di negeri itu mulai petang Jumaat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hasan berkata, walaupun agensi itu tidak akan campur tangan namun ia bergantung kepada penyedia perkhidmatan AES.

"Ini kerana kamera AES perlu beroperasi selama 24 jam sehari. Dan penyedia perkhidmatan perlu memastikan ia (kamera) terus beroperasi.

"Kita (JPJ) tidak akan mengambil sebarang tindakan. Jika mereka (kerajaan negeri) mahu menutupnya dengan kain, penyedia perkhidmatan bagi AES boleh menanggalkannya," katanya ketika ditemui di sini, Khamis.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Khamis berkata, kerajaan negeri tidak akan menanggalkan dua kamera AES tetapi menutupnya dengan kain merah.

"Kita akan cuba (tutup) dengan kain merah dahulu. Kita mahu lihat siapa yang berani tanggalkannya," kata Abdul Khalid.

Menteri Besar itu sebelum ini berkata, keputusan menutup dua kamera AES itu dibuat selepas Kementerian Pengangkutan tidak memberi maklum balas terhadap surat dihantar pihak berkuasa tempatan menuntut kementerian itu mematuhi prosedur pemasangannya.

Terdahulu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu berkata, kamera yang mengesan kesalahan lalu lintas pengguna jalan raya itu yang dipasang di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Kilometer 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan akan ditanggalkan pada Jumaat.

Mengulas mengenai kenyataan Liu, Solah berkata, ia disifatkan sebagai satu tindakan yang tidak bermoral sekiranya kamera AES ditanggalkan.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan