Gulingkan Kerajaan Melalui Keganasan Politik Tidak Akan Kekal - Musa Hassan

Diterbitkan: Jumaat, 7 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan menggulingkan kerajaan dengan budaya politik samseng tidak akan bertahan kerana mereka juga akan digulingkan dengan cara yang sama kelak.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, budaya samseng politik akan berlaku,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk Samseng Politik, Di Mana Maruah Kita di Kompleks Media Karangkraf di sini, pada Khamis.

Beliau berkata keadaan tersebut berbeza dengan keadaan politik semasa pilihan raya sebelum ini.

"Kita tengok dahulu pilihan raya macam pesta semua keluar bersama-sama. Pihak pembangkang dan parti kerajaan sama-sama berjalan tak ada masalah. Sekarang tak boleh," katanya. Justeru beliau menyeru agar parti semua politik tidak mengadakan ceramah sebelah menyebelah dengan parti lawan bagi mengelakkan perbalahan.

“Kalau boleh mereka ini jangan adakan ceramah sebelah menyebelah. Dalam keadaan ini polis kena berhati-hati kerana mereka perlu utamakan keselamatan nyawa dan harta benda dijaga.

“Jangan sampai sudah ada unsur-unsur provokasi baru nak sekat. Saya ingin nasihatkan, kalau ada ceramah politik, janganlah bergaduh, tak elok, malu orang tengok,” katanya.

Menurutnya ketika era beliau menjadi inspektor polis dahulu pun ceramah parti politik tidak boleh diadakan sebelah menyebelah.

"Ceramah sebelah-sebelah tak boleh sebenarnya. Masa saya bertugas dulu, walaupun saya Inspektor dulu pun, di Melaka kita ada pilihan raya, tidak akan dibenarkan ceramah sebelah-sebelah. Ini akan mewujudkan pergaduhan, provokasi," katanya.

Apabila ditanya mengapa sekarang ceramah secara bersebelahan di antara parti politik yang berlawan, beliau menjawab: "Itu tak tahulah nak cakap, itu kena tanya orang yang membenarkan."

Pada 4 Disember lalu, pergaduhan berlaku di antara penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) di Gombak sehingga menyebabkan penyokong kepada kedua-dua kumpulan tersebut cedera parah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan