Pusat Pembangunan Komersil Dikesan Curi Air Dari Paip Utama Syabas

Diterbitkan: Khamis, 6 Disember 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LANGAT: Sebuah pusat peranginan dan pembangunan komersil di sini, hari ini dikesan menjalankan kegiatan curi air dari paip utama Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sejak lapan bulan lepas membabitkan kerugian kira-kira RM108,000.

Pengarah Eksekutif SYABAS Yusof Badawi berkata syarikat berkenaan dikesan melakukan kegiatan itu selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai pada 20 November lepas yang turut mendakwa kawasan mereka sering berdepan dengan masalah tekanan dan gangguan bekalan air.

Beliau berkata sehubungan itu, SYABAS bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) menjalankan operasi pemotongan pada hari ini dan mendapati pemilik pusat peranginan itu melakukan kesalahan kerana membuat sambungan haram yang disalurkan ke dalam dua tangki.

"Siasatan mendapati pemilik pusat ini melakukan sambungan haram menggunakan paip poli berukuran 32 milimeter yang disambung sejauh 300 meter ke dalam dua tangki khas yang terletak di dalam kawasan seluas 40 hektar itu," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Yusof berkata sambungan paip haram itu disalurkan ke dalam dua tangki masing-masing dengan isipadu 2,000 liter sebelum dipercayai digunakan untuk beberapa premis termasuk lima buah chalet kediaman yang terletak di dalam kawasan peranginan itu.

Beliau berkata berdasarkan rekod pemilik pusat peranginan itu ia telah menutup akaun dengan SYABAS dan meter air ditanggalkan pada 14 Mac lepas.

Katanya ujian turut mendapati air dari paip sambungan berkenaan bertukar kepada warna merah jambu menandakan air yang dicuri adalah air terawat dari saluran SYABAS.

Yusof berkata pemilik pusat peranginan itu boleh dikenakan penalti mengikut Seksyen 123(3) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 kerana membuat sambungan haram yang memperuntukkan hukuman maksimum denda RM100,000 atau dipenjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata syarikat itu menanggung kerugian yang dianggarkan berjumlah RM6.38 juta membabitkan 669 kes curi air sejak Januari sehingga awal bulan ini.

Beliau berkata nilai kerugian itu mencatatkan peningkatan kira-kira RM2 juta, berbanding tahun lepas.

"Mengikut rekod sejak Januari lepas, SYABAS menerima 3,314 aduan berhubung kes curi air dan semua aduan itu telah disiasat sebelum tindakan susulan operasi pemotongan dilakukan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan